Assalamualaikum. Hari ni saya nak share tentang percutian sehari ke Pulau Redang. Besstttttt sangat... Rugi kalau sehari pun tak pernah sampai Pulau Redang. Sebab sekarang senang. Tak semestinya kena pergi bermalam.
|
Tempat pertama. Pusat Taman Laut Pulau Redang. |
Tempat first dibawa adalah Pusat Taman Laut. Kenapa sini jadi tempat pertama? Kerana di sini segala kemudahan ada. Tandas awam, kedai runcit, dan paling utama untuk 'first timer' kerana airnya landai dan tak begitu dalam. Boleh cuba snorkeling di tepi dulu sebelum menuju ke tempat lebih dalam.
|
Ni haa.. Kat Taman Laut lagi. Macam dorang ni. Sesi water confidence. Hehe. |
Lepas Taman Laut tadi kita di bawa ke laut dalam yang di nama kan Pasir Akar. MashaAllah. Air kat sini jernih sangat. Ikan pun berlambak. Penuh muka lah. Nak selfie pun susah. Hehehe.
|
Mujur sempat juga celah nak ambil gambar dengan ikan-ikan ni. Hehe. |
|
Banyak gambar jadi macam ni. Hehehe. Kasi bakar line korang sikit. |
Lepas Pasir Akar, kita menuju ke Long Beach. Sini view cantik giler baq ang. Ada 10 resort kat sini dan Long Beach atau Pasir Panjang ni ibarat jantung pulau ni. Haa....
|
Ni antara sudut yang ada di Long Beach. |
Selesai kat Long Beach ada satu lagi tempat di bawa. Laut dalam juga. Tak pasti namanya. Tapi situ biasa je. Cuma yang buat tak tahan last point iaitu TURTLE Point. Fuhhh... Dapat tengok real punya penyu weh. Cantik, lawa, tapi takut pun ada tengok. Hehe. Jinak weehhhh...
|
Alamak... Dia mai dekat wehh... Haha |
|
Rilek je main tepi bot kita. |
Banyak lagi gambar cantik menarik. Tapi tengok gambar buat apa. Kena ambil pakej sehari senorkeling ni. Pergi pagi balik petang dari Jeti Setiu. Harga RM120 je. Ambil pakej dengan brader Amir no fon 0199032930. Terbaik. Jangan tertipu dengan bot lain yang harga lebih murah. Janji 5 point tapi tak pergi kat penyu. Alang-alang sampai, bayar extra RM20 @ RM10 untuk pengalaman luarbiasa ni apa salahnya. Rare kot. Hehehe.
Baik lah. Itu saja. Penat taip panjang-panjang. Dah baca ni, share lah. Mungkin ada yang berminat atau plan nak ke Terengganu cuti nanti. Hehehe.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan